Isnin, 15 September 2014

TIPS PEPERIKSAAN

     TIPS PEPERIKSAAN


  • Ulangkaji topik yang lemah
  • Periksa Kelengkapan Untuk Peperiksaan Sebelum Tidur Malam!
  • Tidur awal! Bertolak awal ke Dewan Peperiksaan!
  • Jangan Gemuruh.. Jangan Stress.. Relax.. Tarik Nafas Panjang-Panjang. 
  • Berdoalah banyak-banyak bagi yang Muslim.


















  • Bacalah Soalan dengan tertib dan hati-hati sebelum menjawab.
  • Jangan Meniru. Usaha yang terbaik.. Bertawakal pada Allah swt.

SURAT KIRIMAN RASMI:MEMBERITAHU SEBAB TIDAK HADIR KE SEKOLAH

SURAT KIRIMAN RASMI:MEMBERITAHU SEBAB TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Muhammad Ammar Ikram Bin Zakaria,
A101.Kampung Jawa,
06900 Yan,
Kedah Darul Aman.
______________________________________

Guru Kelas 3 Hidayah,
Rahimah Binti Musa,
Sekolah Menengah Kebangsaan Yan,
Jalan Pegawai,
06900 Yan,
Kedah Darul Aman.                             25.08.2014

Per:Tidak Hadir Ke Sekolah

Merujuk perkara di atas,saya ayah kepada Imran Fikri Bin Muhammad Ammar Ikram ingin menjelaskan sebab anak saya tidak dapat hadir ke sekolah.

2.Anak jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan demam yang bermula pada 22.08.2014 hingga 24.08.2014.

3.Saya ingin meminta maaf dan berharap pihak anda dapat memahami kesulitan yang dialami oleh anak saya.

Sekian,terima kasih.

............................,
(MUHAMMAD AMMAR IKRAM BIN ZAKARIA)

Jumaat, 15 Ogos 2014

KARANGAN LAPORAN : LAPORAN HARI KANTIN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YAN

Laporan Hari Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Yan

                Sekolah Menengah Kebangsaan Yan telah mengadakan Hari Kantin sekolah pada 27 Ogos 2014 iaitu pada hari Khamis yang lepas.Sehubungan dengan itu, pelbagai  aktiviti jualan telah diadakan bertempat di Perkarangan Dewan Bendahara, tempat perhimpunan sekolah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 3.00 petang.

                Tujuan Hari Kantin ini diadakan adalah untuk menambah wang tabungan persatuan dan kelab yang ada di sekolah ini. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah. Sebahagian keuntungan yang diperoleh akan diperuntuk kepada program menceriakan dan melestarikan kawasan sekolah.  Selain itu, aktiviti ini mampu menyemai sikap berdikari dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang mana setiap persatuan dan kelab akan mengendalikan sebuah gerai..

                Tepat pada pukul 8.00 pagi, para peserta yang terdiri oleh kalangan pelajar sibuk menyediakan barangan jualan di khemah-khemah yang telah disediakan. Para peserta kelihatan bersemangat ketika mendirikan gerai masing-masing. Terdapat pelbagai aneka jualan yang dijual. Antaranya pelbagai jenis makanan dan minuman berserta buku. Makanan dan minuman terdiri daripada aneka mee, pelbagai jenis kek, nasi ayam, laksa, air kisar pelbagai perisa dan banyak lagi. Ada juga gerai menjual pakaian, tudung dan aksesori wanita.

                Sambutan pada tahun ini amat meriah berbanding tahun -tahun sebelumnya. Sambutan amat menggalakkan kerana seramai  200 orang pelajar dan 120 orang guru terlibat serta 20 persatuan dan kelab yang mengambil bahagian. Selain itu, para petugas Hari Kantin memasang muzik latar untuk merancakkan lagi suasana jualan pada Hari Koperasi.

                Malahan, Hari Kantin mendapat sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa dan komuniti setempat . Mereka turut hadir untuk membeli juadah selepas hadir pada Majlis Hari Terbuka sekolah. Hasil jualan yang dijalankan oleh pelajar  telah mencatat jumlah sebanyak RM10 000. Jumlah yang berjaya dikumpulkan ini amat membanggakan banyak pihak.

                Pada pukul 3.00 petang, acara Hari Kantin sampai ke penghujungnya. Sebelum itu, banyak gerai mengadakan jualan penghabisan stok sebelum menutup gerai masing-masing. Banyak pengunjung berpusu-pusu untuk membeli makanan dan minuman dengan harga yang murah.

                Kesimpulannya, sambutan Hari Kantin tahun ini sungguh meriah dan mendapat sambutan yang hebat daripada pelbagai pihak. Semua guru dan pelajar telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat erat. Diharapkan sambutan Hari Kantin ini dapat diadakan dua kali setahun agar pelajar dapat berpeluang menunjukkan bakat masing – masing dalam bidang usahawan.
               
Disediakan oleh:                                                                                       3 SEPTEMBER 2014

(MUAHMMAD HAFIZ BIN ZIKKERELLAH)
Setiausaha Hari Koperasi,
 Sekolah Menengah Kebangsaan Yan.

KARANGAN JENIS CERITA : PENGALAMAN BERHARI RAYA DI KAMPUNG NENEK

     
        Tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa,kami sekeluarga telah pulang ke kampung nenek untuk berhari raya di sana. Kampung nenek saya terletak di Yan,Kedah. Kami pulang ke kampung menaiki kereta api. Kereta api sesak dengan para penumpang yang ingin pulang ke kampung masing-masing kami tiba di Stesen Gua Musang ketika hari hampir senja. Kami sekeluarga berasa teruja untuk pulang ke kampung.

     Sebaik sahaja tiba di kampung, nenek menyambut kepulangan kami dengan tangan terbuka. Nenek telah menyediakan pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga berasa gembira kerana berpeluang untuk berbuaka puasa ber
sama sama dengan nenek di kampung. Malam pertama kami di kampung ialah malam tujuh likur. Suasana di kampung terang-benderang dengan cahaya pelita. Saya dan sepupu saya memasang pelita di sekeliling rumah nenek. Kemudian, kami bersama kawan-kawan lain di kampung bermain bunga api.

       Pada hari yang seterusnya,datuk membawa kami sekeluarga pergi ke sungai yang berhampiran dengan rumahnya.Kami telah meyediakan joran dan umpan.Datuk mengajar saya dan kedua-dua adik lelakiku tentang cara-cara memancing ikan.Oleh itu,kami dapat memancing banyak ikan yang besar dengan senang. Selepas itu,kami membawa ikan-ikan yang dipancing ke rumah datuk dan nenek untuk digoreng gebagai lauk-pauk pada waktu berbuka puasa.
     
         Apabila tiba satu Syawal, kami sekeluarga bangun pada awal pagi. Kami memakai pakain baharu dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat suna Aidilfitri. Selepas itu, Kami menziarahi pusara datuk dan mengunjugi rumah sanak saudara di kampung. Kami juga berpeluang menikmati pelbagai hidangan istimewa seperti ketupat, rendang, dodol dan juga bangkit. 

     Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kuala Lumpur. Kami berasa seronok berhari raya bersama nenek di kampung tetapi sedih kerana harus meninggalkan kampung.Saya berharap agar dapat pulang ke kampung lagi.

KARANGAN:PERGI BERKELAH BERSAMA KELUARGA DI PANTAI



   Pada hari Ahad yang lalu,bapa membawa kami 
sekeluarga berkelah di Pantai Chenang.Kami 
menaiki kereta bapa ke sana.Kami berbual-bual
 sepanjang perjalanan tentang keseronokan 
semasa berada di sana.
            Setibanya di destinasi,bapa mengeluarkan
bekalan dari but kereta.Kami menolong 
mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan 
kami di bawah sepohon pokok yang rendang.
Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoi-
sepoi bahasa.Kelihatan banyak pengunjung 
berada di pantai.Suasana di sana riuh-rendah dan 
meriah.
            Tanpa membuang masa lagi,saya dan adik 
segera menukar pakaian renang.Kami membawa 
pelampung besar yang baru dibeli.Saya dan kakak 
berenang dengan gembira.Abang pula belajar 
menyelam.Bapa membaca surat khabar manakala 
ibu mendengar muzik di pantai.Oleh sebab adik
tidak pandai berenang,dia melonggok pasir dan 
membina istana pasir di pantai.
            Setelah penat berenang,kami menjamu 
selera di pantai.Ibu menyediakan pelbagai hidangan 
di atas tikar mengkuang.Kami menikmati mi goreng,
sate,kuih-muih, tembikai dan jus oren.Kami makan 
dengan gelojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan 
pula,masakan ibu sungguh enak dan 
berkhasiat.
            Kemudian,kami bermain bola tampar di 
pantai.Pemandangan di pantai indah nian.Kami 
sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-
kenangan.Ibu dan bapa juga bersiar-siar di pantai 
sambil berbual-bual dengan mesranya.
            Kami mengemaskan barangan dan 
membersihkan tempat perkelahan sebelum pulang.
Kami membuang sampah-sarap ke dalam tong 
sampah demi menjaga kebersihan pantai.Selepas itu,
kami pulang dengan gembiranya.Berkelah di pantai 
merupakan aktiviti yang menyeronokkan.